Pembelian barangan dapur secara atas Talian dan penghantaran sehingga ke pintu rumah

Mudahnya pembelian barangan dapur secara atas talian ini. Hanya perlu klik-klik, buat pembayaran dan siap! Tunggu je keesokan harinya, penghantaran akan tiba.

Pada musim wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan sedang dijalankan, kebanyakan pihak agak terbatas pergerakannya. Ada juga yang lebih memilih untuk membeli barangan dapur secara atas talian. Barangan dapur sama ada kering mahupun basah merupakan barangan keperluan yang essential untuk memastikan individu terus kekal stabil.

Untuk memudahkan anda membeli barangan keperluan harian serta barangan dapur bagi keperluan anda, Matdespatch kini membantu dengan memperkenalkan Kedai Matdespatch sebagai perkhidmatan yang menyediakan platform barangan dapur secara atas talian. Kedai Matdespatch membolehkan pelanggan untuk memesan barangan dalam talian dan pesanan akan dihantar keesokkannya harinya.

Mudah, jimat masa dan tenaga pembelian di Kedai Matdespatch. Tidak perlu bersusah payah keluar ke kedai atau pasar sambil beratur selama 30 minit ke 1 jam, di Kedai Matdespatch pelanggan hanya perlu meluangkan masa selama 10 minit ke 20 minit di rumah sambil memesan barangan. Kedai Matdespatch membolehkan pelanggan membuat pesanan secara atas talian hanya dari rumah mahupun yang tengah berkerja di office. Dengan keadaan semasa, kebanyakkan kaum suri rumah sudah mula Work from home jadi masa untuk membeli barangan dapur tidak lagi diperuntukkan.

Kedai Matdespatch ini ditubuhkan sejurus Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Disebabkan permintaan yang agak tinggi untuk pembelian barangan dapur atas talian, Kedai Matdespatch ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pelanggan dari semasa ke semasa.

Cara Pengunaan

Pelanggan hanya perlu mendaftar di https://matdespatch.com/my/kedai/ dan memilih barangan yang diperlukan dari pelbagai jenis barangan. Pelbagai pilihan barang dapur dan makanan. Selain daripada bahan basah, terdapat juga produk lain seperti Air susu pisang Nilofa, Chocojar, Kurma dan juga barangan keperluan bayi. Pesan sahaja di Kedai Matdespatch, kemudian penghantaran akan dilakukan keesokan harinya.

Kawasan Penghantaran

Buat masa ini, berikut merupakan kawasan penghantaran yang dilakukan oleh Kedai Matdespatch. Kawasan (Poskod). Untuk info kawasan penghantaran yang telah dikemasikini boleh klik disini https://matdespatch.com/my/kedai/delivery-info/

Zon Poskod
Petaling Jaya 46000 – 46999
Subang Airport 47200 – 47299
Kelana Jaya 47800 – 47899
Petaling Jaya Utara 47400 – 47499
TTDI 6000 – 60999
Subang Jaya, PJS 47500 – 47599
USJ 47600 – 47699
Bandar Putrajaya 62000 – 62999
Bandar Cyberjaya 63000 – 63199
Kajang 43000 – 43099
Bandar Baru Bangi 43600 – 43699
Serdang 43300 – 43400
Puchong 47110 – 47150
Nilai 71800
Shah Alam 40000 – 50490
Mont Kiara / Bkt Damansara 50480 – 50490
Mutiara Damansara Kota Damansara 47800 – 47899

Masa Penghantaran

Masa penghantaran adalah seperti penghantaran keesokan harinya atau Next Day Delivery. Kedai Matdespatch mempunyai cut off time bagi pembelian untuk pesanan penghantaran keesokannya. Sebagai contoh, Pelanggan perlulah membuat pesanan pembelian sebelum pukul 12PM pada hari yang dipesan untuk membolehkan mereka mendapat pesanan pada keesokan harinya. Jika pesanan barangan atas talian dilakukan selepas pkl 12PM, maka pesanan itu akan dihantar pada lusa.

Kaedah Pembayaran

Semua pembayaran adalah secara atas talian sahaja

Caj Penghantaran dan Jumlah Min Pembelian

Caj penghantaran kami bermula dari RM7 dan jumlah minimum bagi pembelian di Kedai Matdespatch adalah RM20.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •