Skip to main content

Ramai orang menggunakan servis penghantaran motosikal terutamanya yang merantau di negeri lain untuk bekerja ataupun belajar. Agak sukar bagi mereka yang baru berpindah ke negeri atau tempat lain.

Jadi, mereka memilih untuk menghantar motosikal mereka menggunakan servis penghantaran.

Tetapi apabila menggunakan servis penghantaran, pengirim hendaklah  menghantar motosikal ke cawangan servis penghantaran tersebut dan penerima hendaklah mengambil motosikal di cawangan berdekatan apabila motosikal sudah sampai di destinasi.

Ini bermaksud kebanyakan servis penghantaran motosikal bukanlah dari pintu ke pintu. 

Bagi memudahkan anda, Delyva menyediakan servis penghantaran motosikal pintu ke pintu. Delyva ialah platform untuk membuat apa sahaja tempahan penghantaran melalui online.

Kenapa guna Delyva untuk hantar motosikal?

Melalui Delyva, anda tidak perlu lagi membawa motosikal anda ke cawangan servis penghantaran. Cara ini dapat membantu anda untuk menghantar motosikal dengan lebih mudah dan selamat. Apabila anda membuat tempahan dengan Delyva, anda dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana anda tidak perlu lagi pergi ke cawangan servis penghantaran.

Kami faham tidak semestinya cawangan tersebut berdekatan dengan semua tempat tinggal dan ini akan menyukarkan mereka yang berjauhan dengan cawangan untuk menghantar mahupun mengambil motosikal. Selain itu, anda tidak perlu risau dengan proses penghantaran motosikal kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak kurier.

Status penghantaran pula akan dikemaskini dari masa ke masa melalui notifikasi sms atau email. Pihak kurier juga akan memastikan motosikal anda sampai dengan selamat.

Bagaimana untuk hantar motosikal guna Delyva?

Bagi mereka yang belum mempunyai akaun Delyva, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu di delyva.com . Pendaftaran adalah percuma. Selepas daftar, anda akan mendapat email untuk aktifkan akaun anda. Boleh rujuk disini untuk cara-cara mendaftar.

Selepas itu, anda boleh log in di app.delyva.com untuk membuat tempahan. Jangan lupa topup kerana bayaran akan ditolak daripada kredit yang anda telah topup. 

Ikuti langkah-langkah ini untuk membuat tempahan

1. Klik pada ikon ‘Ship Motorcycle’

2. Isikan maklumat pengirim dan penerima di ruangan ‘Pick-up’ dan ‘Drop-off’

3. Di bahagian ‘Item’ sila klik pada ‘Motorcycle’

4. Kemudian masukkan maklumat motosikal yang ingin dihantar

5. Ini adalah kurier yang akan menghantar motosikal anda. Anda boleh pilih hari dan waktu untuk ‘pick up’ dan klik pada butang ‘Select’. Pastikan anda mengikut arahan yang diberi.

6. Di bahagian ini, anda boleh ‘add-on’ helmet, servis balutan, dan insurans.

7. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan anda boleh klik pada ‘Proceed to payment’

8. Bayar, sahkan order dan cetak ‘consignment note’. ‘Consignment note’ akan keluar selepas anda klik pada butang ‘Pay and confirm order’.

Akhir sekali, anda hanya perlu menunggu kurier untuk datang pick up di tempat anda. Anda juga boleh menyemak status penghantaran disini.

Kadar penghantaran

Anda boleh semak di instant quote di dashboard anda. Masukkan poskod pengirim dan penerima. Pilih ‘Motorcycle (cc)’ di bahagian ‘Item’ dan masukkan cc motosikal di bahagian ‘size(kg)’. Kemudian klik butang ‘Quote’.