Skip to main content

Hari Raya makin menghampiri. Ada antara kita yang ingin mengirim produk kepada sanak-saudara yang berjauhan. Jadi, anda perlu faham mengenai courier charges domestic.

Jika anda memahami isu ini dengan lebih mendalam, anda akan dapati faktor-faktor yang mempengaruhi caj tambahan yang dikenakan ketika menghantar parcel

Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa perkara penting seperti info ringkas mengenai courier charges domestic dan 5 faktor yang mempengaruhi caj penghantaran. 

Jadi, jom baca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.  

 

Info Ringkas Courier Charges Domestic 

courier charges domestic

Apabila kita membuat pembelian di Internet atau aplikasi e-commerce, kita pasti berasa teruja dan tidak sabar untuk menunggu parcel itu tiba di hadapan pintu rumah. 

Tetapi, ada satu perkara yang boleh menyebabkan seseorang individu berkira-kira untuk beli-belah secara online. Ia adalah courier charges domestic

Sebagai seorang pengguna, kita pun berhak untuk mengetahui mengenai caj penghantaran supaya kita dapat membuat keputusan yang lebih cermat. 

Tindakan ini amat penting lebih-lebih buat mereka yang ingin berjimat. Jadi, apa maksud courier charges domestic?

Courier charges domestic bermaksud caj penghantaran yang diletakkan oleh syarikat-syarikat bagi membiayai perjalanan penghantaran yang dilakukan. 

Hal ini kerana setiap perjalanan penghantaran akan melibatkan berat parcel, tempoh penghantaran, destinasi, insurans perlindungan dan lain-lain. 

Mengapa faktor ini perlu dititik-beratkan? 

Buat pengetahuan anda, faktor-faktor caj penghantaran ini juga tertakluk kepada jenis-jenis penghantaran yang diminta oleh pelanggan. 

Antara jenis penghantaran yang ada di Malaysia ialah: 

  • Same-day delivery 
  • Next-day delivery 
  • On- demand delivery 
  • Penghantaran kenderaan 
  • Mover 
  • Dan sebagainya

Jadi, sebagai seorang pengguna, pastikan anda memilih jenis penghantaran yang betul bagi mengelakkan perselisihan faham  antara anda dan pekerja, 

Lebih-lebih apabila musim perayaan Aidilfitri yang semakin menghampiri. 

Pastikan anda membaca jenis dan deskripsi penghantaran sebelum membuat sebarang keputusan.

 

Faktor Mempengaruhi Courier Charges Domestic

Pada bahagian ini, kami akan sertakan beberapa faktor yang mempengaruhi courier charges domestic seperti: 

  • Kelajuan ketika membuat penghantaran 

Kelajuan di sini tidak tertumpu pada kenderaan. Ia bermaksud jenis penghantaran yang anda pilih sebelum menghantar barang. 

Sebagai contoh, same day delivery akan mengenakan caj penghantaran yang lebih mahal daripada penghantaran “tradisional”.

Hal ini disebabkan tempoh masa yang diambil bagi jenis ini adalah amat pantas dan hanya mengambil beberapa jam sahaja. 

Kebiasaannya, individu yang menggunakan jenis penghantaran ini memerlukan sesuatu yang amat penting, berharga, dan sebagainya. 

  •  Destinasi penghantaran

 

courier charges domestic

Destinasi penghantaran juga menjadi faktor pada caj penghantaran. 

Jika alamat destinasi tersebut memasuki kawasan yang tidak mudah dilawat, maka, caj penghantaran akan jadi lebih mahal berbanding bandar. 

Ini disebabkan rider atau pemandu perlu mencari rumah pelanggan bagi memastikan tugasan itu selesai. Ini semua termasuk dalam caj logistik tambahan. 

  •  Berat parcel 

 

courier charges domestic

Buat pengetahuan anda, berat parcel juga mempengaruhi penetapan caj penghantaran. 

Hal ini kerana kebanyakkan syarikat penghantaran barang menetapkan harga servis berdasarkan berat barang. 

Salah satu punca yang beri impak ini adalah setiap rider mempunyai kenderaan yang berlainan. Ada yang menghantar barang menggunakan kereta, motorsikal, lori atau van. 

Maka, sebab itulah semakin berat sesuatu barang itu, anda akan dikenakan caj penghantaran yang agak tinggi. 

Dan, ini juga termasuklah individu yang ingin membuat penghantaran barang dalam kuantiti yang banyak. 

  • Insurans 

Salah satu perkara yang kebanyakkan syarikat terlepas pandang adalah untuk memiliki insurans. 

Insurans ini bukan hanya untuk melindungi diri riders daripada kejadian buruk seperti kemalangan. 

Tetapi, ia juga merujuk kepada syarikat yang mempunyai insurans untuk penghantaran domestik. 

Ini bertujuan bagi mengelakkan syarikat terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat daripada kecurian, kerosakan atau kehilangan barang. 

  •  Caj tambahan 

Caj tambahan bermaksud bayaran dikenakan pada barang seperti packaging, labeling, dan juga pengurusan. 

Kenapa ini semua pun termasuk di bawah caj tambahan? 

Kerja-kerja “kecil” seperti masih lagi memerlukan bantuan daripada pekerja atau mesin. 

Jadi, syarikat perlu membiayai kedua-dua bagi memastikan pelanggan mereka berpuas hati dengan kualiti kerja yang bagus. 

 

Tips Mengurangkan Courier Charges Domestic

Pada bahagian ini, kami akan kongsikan beberapa tips agar anda dapat mengurangkan caj penghantaran, lebih-lebih lagi sebelum raya ini: 

  • Anda boleh buat perbandingan kadar caj penghantaran mengikut produk dan lokasi dengan menggunakan kalkulator yang disediakan oleh pihak syarikat. 
  • Anda boleh mendaftarkan diri untuk memasuki program perniagaan kecil atau e-dagang. Ini dapat membantu anda untuk mengurangkan caj dan mempercepatkan penghantaran. 
  • Anda boleh gunakan aplikasi penghantaran di website e-dagang. 
  • Manfaatkan penyedia logistik daripada pihak ketiga agar anda tidak dikenakan bayaran caj penghantaran yang tinggi. 

Kebiasaannya, caj penghantaran akan melonjak kerana penyimpanan, penghantaran, dan juga pembungkusan. 

 

Ingin Buat Penghantaran Domestik? 

Buat anda yang ingin membuat penghantaran domestik, kami menggalakkan anda untuk menggunakan Mat Despatch

Mat Despatch sudah menceburi bidang penghantaran bermula daripada tahun 2016. 

Jadi, mereka amat mahir dalam selok-belok penghantaran dan dapat menguruskannya secara profesional. 

Jadi, anda tidak perlu risau mengenai sistem penghantaran yang dilakukan oleh pihak Mat Despatch. 

Semuanya akan dilakukan secara teratur dan sistematik bagi mengelakkan sebarang masalah kepada pelanggan. 

Jika anda berminat, anda boleh klik pada pautan di bawah ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.