Skip to main content

Tidak dinafikan bahawa pencarian kerja pada masa kini semakin sengit. Disebabkan itu, ada antara mereka yang mencari kerja part time bagi menyara kos perbelanjaan harian.

Tanpa mengira umur; tua atau muda, mereka bekerja keras untuk mencari pendapatan harian.

Tambah lagi, harga barangan pada masa kini tidak lagi mampu milik seperti hari-hari dahulu atas beberapa faktor.

Jadi, di dalam artikel ini, kami akan kongsikan senarai kerja part time yang anda boleh cuba untuk mencari wang pendapatan lebih.

Teruskan membaca.

 

6 Kerja Part Time Di Malaysia 

Pada bahagian ini, kami akan kongsikan beberapa cadangan kerja part time yang bermanfaat dan high in demand di Malaysia.

Berikut merupakan cadangan kami:

 

  •  Copywriter

copywriter

Pernahkah anda terfikir bahawa menulis copywriting merupakan salah satu skill mahal pada masa ini?

Hal ini kerana ia selaras dengan kemajuan teknologi yang membolehkan orang ramai bekerja di pejabat atau secara remotely di rumah.

Jika anda berminat untuk menjadi seorang copywriter, anda perlu tahu bidang pekerjaan yang anda ingin ceburi.

Sebagai contoh, jika anda berminat untuk mengetahui dunia pekerjaan digital marketing, anda boleh mohon sebagai copywriter media sosial atau pengiklanan.

Meskipun kedua-dua ini tampak hampir sama, tetapi skop kerja adalah jauh berbeza.

Jadi, pastikan anda telah membuat carian maklumat mengenai pekerjaan sebagai copywriter di Internet sebelum memohon kerja part time tersebut.

Anda boleh mohon kerja ini di agensi pengiklanan, digital marketing, bisnes online dan lain-lain.

 

  •  Pereka Grafik (Graphic Designer)

graphic designer

Buat anda yang memiliki skill, kreativiti dan tahu selok-belok dalam dunia grafik, anda boleh memohon sebagai pereka grafik part timer

Anda boleh melakukan tugasan sebagai pereka grafik di rumah sahaja (work-from-home).

Kerja ini secara tidak langsung dapat membantu peniaga-peniaga kecil dalam membina identiti bisnes.

Bahan-bahan kreatif seperti poster dan logo amat penting dalam dunia bisnes agar orang ramai kenal bisnes yang dilakukan.

 

  •  Agen/ Dropshipper Produk

Aplikasi seperti Facebook, Instagram dan TikTok amat terkenal sebagai tempat “lubuk” agen atau dropshipper produk.

Ini disebabkan media sosial merupakan sebuah platform digital yang sering dibuka dan digunakan oleh orang ramai tanpa mengira umur.

Jika anda boleh bercakap di hadapan kamera dengan lancar dan skill edit video, maka pekerjaan part time ini sesuai untuk anda.

Pastikan produk yang anda pilih itu telah mendapat kelulusan KKM, selamat digunakan, berkualiti, dan bermanfaat untuk pengguna.

 

  •  Tutor 

tutor

Anda hebat dalam subjek aliran Matematik, Sains, Akaun, atau lain-lain? Menakjubkan!

Apa kata anda menjadi tutor (atau guru tuisyen) untuk berkongsi pengetahuan bersama pelajar-pelajar?

Ini bukan sahaja suatu amalan yang mulia, malah ia juga akan refresh minda anda. Jika anda berminat untuk menjadi seorang tutor, ini merupakan masa terbaik.

Hal ini kerana kebanyakkan kelas tuisyen dilakukan secara atas talian.

Jadi, anda boleh menetapkan (atau negotiate bersama pihak bertanggungjawab) masa yang sesuai untuk membuat kelas.

 

  •  Peniaga kecil 

peniaga kecil

Kami juga tidak akan mengecualikan cadangan ini. Sekiranya anda melihat video pendek di TikTok atau Instagram, ramai orang membuat perniagaan kecil secara online.

Antara perniagaan kecil yang anda boleh cuba ialah tudung, kain batik, makanan-makanan kering dan ringan, dan lain-lain.

Jika anda mempunyai rakan-rakan atau ahli keluarga yang menceburi perniagaan, jangan lupa untuk support mereka.

Selain itu, anda boleh jadi sebahagian daripada ahli perniagaan mereka untuk dapatkan duit sampingan.

Baca Juga: Machines Promo

  •  Rider

Cadangan part time yang terakhir ialah rider. Pekerjaan ini mendapat sambutan amat baik daripada golongan muda dan tua.

Tak kiralah rider; penghantaran makanan, pick up barang atau membeli barang di gerai serbaneka, pekerjaan ini pasti pernah menjadi idaman orang lain.

Dengan waktu bekerja yang fleksibel, anda boleh memilih waktu yang sesuai untuk melakukan tugas sebagai rider.

Sebagai contoh, kami di Matdespatch juga membuka peluang kepada orang-orang Malaysia yang ingin menjadi rider.

Anda hanya perlu menyediakan dokumen dan barang-barang seperti: 

  • Kad IC bagi tujuan pengesahan identiti 
  • Kenderaan (mempunyai insurans dan roadtax yang masih aktif)
  • Smartphone yang mempunyai Internet.

 

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Tawaran! 

penipuan kerja

Scammer bukan sahaja wujud dalam “dunia” online shipping. Malah, mereka juga sering mencari mangsa baru yang sedang giat meminta kerja part time di Internet.

Jadi, buat anda yang ingin membuat kerja part time, pastikan anda meneliti info yang tertera pada deskripsi. Apa antara perkara yang perlu diawasi? 

 

  • Skop kerja yang tidak jelas

Perkara pertama yang anda perlu berikan perhatian ialah skop kerja pada ruang deskripsi.

Sebelum anda ingin memohon kerja part time tersebut, seeloknya, anda selidik dahulu job scope pekerjaan itu.

Ataupun, anda boleh bertanya dan mendapatkan maklumat tepat daripada ahli keluarga dan rakan-rakan yang menceburi pekerjaan tersebut. 

 

  • Tawaran yang terlalu baik

Jika job scope yang dinyatakan tidak berpatutan dengan tawaran yang disediakan, maka, anda harus lebih berwaspada.

Sebagai contoh, anda hanya perlu membuat beberapa tugasan yang mudah. Tetapi, tawaran tugasan tersebut amat lumayan sehingga melibatkan komisen yang tinggi.

Lebih menakutkan adalah apabila scammer terus menawarkan kerja sewaktu mereka menghubungi anda.

Sebaliknya, syarikat yang berkelulusan akan menerangkan maklumat ringkas mengenai servis yang dilakukan ataupun menjemput anda untuk menghadiri temuduga melalui e-mel.

 

  • Tiada rekod di Internet

Satu kelebihan utama Internet raja segala informasi ialah ia sering menjadi pilihan pertama kita dalam membuat carian online.

Jadi, anda boleh membuat carian mengenai syarikat yang kononnya menawarkan pekerjaan kepada anda.

 

  • Penggunaan e-mel dan nombor telefon tidak profesional

Pernahkah anda menerima mesej, e-mel atau panggilan palsu mengatakan permohonan anda diterima?

Anda perlu meneliti penggunaan alamat e-mel dan nombor telefon yang tertera. Hal ini kerana syarikat yang berkelulusan akan menggunakan e-mel dan nombor telefon tersendiri.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat tersebut di Internet ketika membuat carian. 

 

  • Diminta untuk bayar

Di platform media sosial seperti Twitter, Instagram, dan TikTok, ramai pengguna berkongsi pengalaman mereka ditipu oleh scammer.

Salah satu penipuan “tradisional” yang paling popular ialah mereka diminta untuk membayar sejumlah wang sebelum menggunakan peralatan, servis dan lain-lain.

Pelik, bukan?

Sedangkan setiap syarikat yang berkelulusan perlu memastikan segala kemudahan dan peralatan tersiap-sedia terlebih dahulu.

Hati-hati, ya.

Jangan terlalu pemurah dan naif dengan scammer begini.

 

Kesimpulannya, kerja part time tidak sepatutnya membuatkan anda stres.

Sebaliknya, ia boleh dijadikan sebagai langkah permulaan sebelum anda betul-betul menceburi sesuatu bidang pekerjaan.

Yang penting, anda perlu sentiasa berwaspada dengan iklan kerja sama ada di Internet mahupun secara fizikal (kertas, bunting, dan banner).

Terlalu banyak pilihan sampaikan tidak boleh membuat keputusan?

Apa kata anda buat kerja part time bersama kami di Matdespatch?

matdespatch

Di Matdespatch, anda boleh menjana pendapatan sampingan setiap kali anda menyiapkan delivery task dengan jayanya.

Menariknya, proses pembayaran akan dibuat secara mingguan pada setiap hari Sabtu. Dengan cara ini, anda boleh keep track jumlah dan jenis tugasan yang dilakukan pada setiap minggu.

Antara “impian” orang ramai pada masa sekarang ialah untuk bekerja secara bebas. Bebas di sini bermaksud anda tidak perlu punch in kad atau thumb print setiap kali masuk pejabat.

Dengar sahaja sudah seronok, belum betul-betul bekerja bersama kami lagi!

Selain itu, anda perlu muat turun aplikasi kami supaya anda boleh memilih jenis kerja rider.

Ini langkah yang anda perlu ikut setelah memuat turun aplikasi kami:

  • Anda boleh pilih jenis tugas rider; packing atau shipping
  • Tetapkan jumlah hantaran yang anda boleh lakukan dalam seharian. 
  • Mulakan tugasan anda. Anda juga dinasihatkan untuk membuat semakan caj penghantaran dan real time di Delyva.
  • Setelah anda selesai melakukan tugasan, anda akan menerima bayaran.

Buat mereka yang masih belum mengenali Matdespatch, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2016.

Syarikat kami amat dikenali dengan cloud technology platform dan penghantaran dalam seharian.

Disebabkan itu, perkhidmatan kami berkembang maju selaras dengan kemajuan teknologi.

Secara tidak langsung, ia memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai dalam pelbagai bidang seperti courier express, pengangkutan, warehousing, dan juga penghantaran ke luar negara.

Jadi, tunggu apa lagi?

Jom jana pendapatan sampingan dengan menjadi rider part time kami. Kerja fun-fun saja!

Klik pautan di bawah untuk dapatkan info rider Matdespatch yang lebih lanjut. 

Sertai Jadi Rider Matdespatch!