Skip to main content

Sekarang, macam-macam barang boleh dihantar ke mana sahaja melalui kurier, tidak kira sama ada barang tersebut kecil atau besar. Ini termasuk hantar kereta ke sabah dan sarawak.

Kebiasaannya, penghantaran kereta ke tempat-tempat yang jauh dibuat oleh pelanggan yang akan berpindah ke tempat jauh seperti dari Semenanjung ke Sabah & Sarawak.

Penghantaran kereta ke lokasi yang jauh bukan proses yang biasa-biasa seperti penghantaran barang yang lain. Ia memerlukan persiapan yang sangat rapi.

Ini kerana kereta merupakan barang yang sangat berharga dan proses penghantarannya juga perlu dengan teliti dan berhati-hati supaya selamat sampai ke destinasi.

Dalam artikel ini, kami akan terangkan tentang langkah hantar kereta ke Sabah & Sarawak, tips penting sebelum menghantar dan kenapa anda patut menghantar kereta dengan Matdespatch.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

 

6 Langkah Hantar Kereta Ke Sabah & Sarawak

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diikuti bagi pemilik kereta yang hendak hantar kereta ke Sabah & Sarawak:

  1. Cari Syarikat Penghantaran Kereta yang Bagus

Langkah pertama ini sangat penting kerana ia akan memastikan anda mendapat harga yang sesuai dan berpatutan untuk hantar kereta ke destinasi.

Anda boleh mendapatkan maklumat tentang syarikat yang berbeza-beza dan membuat perbandingan bagi memastikan harga penghantaran memuaskan.

Di samping itu, mencari maklumat tentang syarikat penghantaran juga penting bagi memastikan anda dapat servis yang terbaik serta syarikat yang boleh dipercayai.

Ini dapat mengurangkan kemungkinan kelewatan kereta untuk sampai ke destinasi, kereta ditahan di sempadan dan barang hilang.

 

  1. Dapatkan Sebut Harga Bagi Kos Hantar Kereta

quotation

Selesai memilih syarikat yang sesuai, pastikan anda mendapatkan sebut harga bagi penghantaran kereta anda ke Sabah & Sarawak.

Beberapa butiran yang anda perlu berikan kepada mereka adalah seperti jenis kereta, nombor kereta serta alamat destinasi penghantaran tersebut.

Selepas itu, syarikat tersebut akan memberikan sebut harga atau “quotation” mereka berdasarkan maklumat ini. 

 

  1. Buat Surat Permohonan Kepada Bank untuk Hantar Kereta

Jika kereta anda masih belum habis bayar lagi, anda perlu membuat surat permohonan rasmi kepada pihak bank bagi memindahkan kereta anda ke Sabah atau Sarawak.

 

  1. Hantar Dokumen yang Berkaitan Kepada Bank

dokumen bank

Seterusnya, anda juga perlu menghantar dokumen yang berkaitan kepada pihak bank. Pastikan anda membawa salinan IC sekali.

Dokumen yang berkaitan adalah:

  • Semua dokumen yang diberi oleh syarikat penghantaran kereta yang dipilih (Surat rasmi dari pihak syarikat, senarai quotation.
  • Surat permohonan kepada bank tentang pemindahan kereta.

 

  1. Dapatkan Surat Kebenaran (Consent Letter) dari Bank untuk Hantar Kereta.

Selepas menghantar dokumen-dokumen yang berkaitan, bank akan mengeluarkan surat kebenaran atau consent letter untuk hantar kereta ke Sabah & Sarawak.

 

  1. Serahkan Dokumen Lengkap Kepada Syarikat Penghantaran Kereta

hantar kereta ke sabah

Setelah anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak bank, anda perlu serahkan dokumen bank ini kepada syarikat penghantaran bagi menguruskan penghantaran kereta anda.

Antara dokumen yang perlu diserahkan:

  • Surat kebenaran dari pihak Bank.
  • Salinan geran kereta anda.
  • Salinan IC pemilik kereta.

 

3 Tips Penting Hantar Kereta Ke Sabah & Sarawak

  1. Jangan Tinggalkan Barang Berharga dalam Kereta

hantar kereta ke sabah

Pastikan anda tidak meninggalkan apa-apa barang berharga di dalam kereta. Ini kerana barang tersebut mungkin rosak atau hilang semasa penghantaran.

Sesetengah syarikat penghantaran tidak akan bertanggungjawab jika barang dalam kereta anda hilang atau rosak.

 

  1. Ambil Gambar Kereta Anda Sebelum Hantar Kereta ke Syarikat

Pastikan anda mengambil gambar kereta anda terlebih dahulu sebelum menghantar kereta ke syarikat bagi memastikan kondisi kereta sebelum dan selepas penghantaran adalah sama.

 

  1. Isi Minyak Kereta

hantar kereta ke sabah

Pastikan kereta anda mempunyai minyak yang cukup sebelum menghantar ke syarikat. Jangan biarkan minyak kereta anda kosong.

 

Gunakan Matdespatch untuk Hantar Kereta ke Sabah & Sarawak

hantar kereta ke sabah

Jika anda ingin menghantar kereta anda ke Sabah & Sarawak, pilihlah servis penghantaran Matdespatch!

Anda boleh hantar kereta anda ke Sabah & Sarawak dengan harga serendah RM750!

 

Kenapa pilih MatDespatch?

  • Penyelesaian penghantaran tersuai.
  • Penghantaran cepat & boleh dipercayai.
  • Pengendalian dan perlindungan yang selamat pada kenderaan.
  • Perkhidmatan tukang.

 

Hantar kenderaan anda dengan 3 langkah mudah sahaja!

  • Sediakan dokumen (salinan MyKad, geran kereta, surat pelepasan bank, polisi insurans).
  • Hubungi Kami.
  • Bayar dan tunggu kenderaan anda.

 

Kesimpulannya, terdapat beberapa langkah dan tips penting yang anda perlu tahu sebelum hantar kereta anda ke Sabah & Sarawak.

Jika anda sedang mencari perkhidmatan penghantaran barang yang laju dan profesional untuk perniagaan anda, Matdespatch adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

Diasaskan pada 2016 dengan platform teknologi awan dan pendekatan digital sahaja, Matdespatch merupakan perkhidmatan penghantaran barang terkemuka di Malaysia.

Kami telah melabur dalam pembangunan teknologi kami untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami dan perkhidmatan kami telah berkembang dalam industri rantaian bekalan, termasuk:

  • Kurier Express
  • Pengangkutan
  • Pergudangan
  • Penghantaran Rentas Sempadan

Kami memahami bahawa kelajuan dan ketepatan penghantaran adalah amat penting untuk anda.

Oleh itu, kami menawarkan perkhidmatan penghantaran yang kompetitif dan cekap yang boleh anda harapkan.

Kami juga bekerja keras untuk memastikan pakej dan dokumen anda sampai ke destinasi dengan selamat supaya anda boleh fokus pada perniagaan.

Perkhidmatan kami:

  • Penghantaran Hari Yang Sama
  • Penghantaran Hari Seterusnya
  • Penghantaran atas permintaan
  • Penunggang/Pemandu untuk Disewa
  • Penggerak
  • Penghantaran Kurier Last Miles
  • Penghantaran Mel
  • Perkhidmatan Pengangkutan
  • Penghantaran Kenderaan
  • Pelepasan Kastam Tanpa Kerumitan
  • Platform Penghantaran Makanan

 

Jadi apa tunggu lagi?

Dapatkan penghantaran barang yang laju dengan perkhidmatan kurier Matdespatch hari ini! Untuk sebarang pertanyaan, klik link di bawah

LAYARI LAMAN WEB MATDESPATCH