Memahami Berat Isi Padu (Volumetric Weight)

 

Berat isi padu telah dijadikan piawaian untuk kebanyakan syarikat penghantaran seluruh dunia dan ianya ukuran yang lebih adil dan efisyen untuk penghantaran pakej yang mengambilkira saiz pakej dan ruang kenderaan.

Apa itu berat isi padu? Berat isi padu ialah ketumpatan sesuatu objek dan dari sezi fiziknya, objek yang kurang ketumpatan akan memenuhi lebih banyak ruang. Ia mengambil kira saiz sesuatu untuk mengenalpasti ruang yang akan diambil oleh objek tersebut.

Mengapa kami mengira berat isi padu? Ruang di dalam kenderaan perlu diurus dengan baik untuk memastikan penghantaran yang lancar untuk pelanggan kami. Semua kenderaan mempunyai had berat dan ruang dan pengiraan berat isi padu akan menentukan berapa banyak pakej boleh dimuatkan di dalam sesuatu kenderaan untuk penghantaran barang yang lebih efisyen.

Apa jadi kalau berat pakej itu lebih daripada berat isi padunya? Matdespatch akan mengambilkira berat yang lebih supaya lebih adil untuk rakan kongsi penghantar kami.

Bagaimana untuk mengira berat isi padu? Formulanya mudah sahaja.

     panjang x lebar x tinggi    
5,000 (untuk cm)

= Berat isi padu dalam Kg

A) Kira panjang pakej
B) Kira lebar pakej
C) Kira tinggi pakej

Ambil jumlah A x B x C dan bahagi 5000. Jumlahnya ialah berat isi padu pakej anda.

Mudahkan pengiraan berat isi padu: Ada beberapa aplikasi yang boleh memudahkan pengiraan berat isi padu pakej anda, antaranya ialah Google Measure yang boleh dimuat turun secara percuma yang boleh mengira ukuran menggunakan kamera telefon pintar anda. Good Calculators juga boleh membantu anda mengira berat isi padu dengan data anda.

Semoga artikel ini membantu! Selamat Menghantar!

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 thought on “Memahami Berat Isi Padu (Volumetric Weight)

Comments are closed.