Skip to main content

Mudahnya pembelian barangan dapur secara atas talian ini. Hanya perlu klik-klik, buat pembayaran dan siap! Tunggu je keesokan harinya, penghantaran akan tiba.

Pada musim wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan sedang dijalankan, kebanyakan pihak agak terbatas pergerakannya. Ada juga yang lebih memilih untuk membeli barangan dapur secara atas talian. Barangan dapur sama ada kering mahupun basah merupakan barangan keperluan yang essential untuk memastikan individu terus kekal stabil.

Untuk memudahkan anda membeli barangan keperluan harian serta barangan dapur bagi keperluan anda, Matdespatch kini membantu dengan memperkenalkan Kedai Matdespatch sebagai perkhidmatan yang menyediakan platform barangan dapur secara atas talian. Kedai Matdespatch membolehkan pelanggan untuk memesan barangan dalam talian dan pesanan akan dihantar keesokkannya harinya.

Mudah, jimat masa dan tenaga pembelian di Kedai Matdespatch. Tidak perlu bersusah payah keluar ke kedai atau pasar sambil beratur selama 30 minit ke 1 jam, di Kedai Matdespatch pelanggan hanya perlu meluangkan masa selama 10 minit ke 20 minit di rumah sambil memesan barangan. Kedai Matdespatch membolehkan pelanggan membuat pesanan secara atas talian hanya dari rumah mahupun yang tengah berkerja di office. Dengan keadaan semasa, kebanyakkan kaum suri rumah sudah mula Work from home jadi masa untuk membeli barangan dapur tidak lagi diperuntukkan.

Kedai Matdespatch ini ditubuhkan sejurus Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Disebabkan permintaan yang agak tinggi untuk pembelian barangan dapur atas talian, Kedai Matdespatch ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pelanggan dari semasa ke semasa.

Cara Pengunaan

Pelanggan hanya perlu mendaftar di https://matdespatch.com/my/kedai/ dan memilih barangan yang diperlukan dari pelbagai jenis barangan. Pelbagai pilihan barang dapur dan makanan. Selain daripada bahan basah, terdapat juga produk lain seperti Air susu pisang Nilofa, Chocojar, Kurma dan juga barangan keperluan bayi. Pesan sahaja di Kedai Matdespatch, kemudian penghantaran akan dilakukan keesokan harinya.

Kawasan Penghantaran

Buat masa ini, berikut merupakan kawasan penghantaran yang dilakukan oleh Kedai Matdespatch. Kawasan (Poskod). Untuk info kawasan penghantaran yang telah dikemasikini boleh klik disini https://matdespatch.com/my/kedai/delivery-info/

ZonPoskod
Petaling Jaya46000 – 46999
Subang Airport47200 – 47299
Kelana Jaya47800 – 47899
Petaling Jaya Utara47400 – 47499
TTDI6000 – 60999
Subang Jaya, PJS47500 – 47599
USJ47600 – 47699
Bandar Putrajaya62000 – 62999
Bandar Cyberjaya63000 – 63199
Kajang43000 – 43099
Bandar Baru Bangi43600 – 43699
Serdang43300 – 43400
Puchong47110 – 47150
Nilai71800
Shah Alam40000 – 50490
Mont Kiara / Bkt Damansara50480 – 50490
Mutiara Damansara Kota Damansara47800 – 47899

Masa Penghantaran

Masa penghantaran adalah seperti penghantaran keesokan harinya atau Next Day Delivery. Kedai Matdespatch mempunyai cut off time bagi pembelian untuk pesanan penghantaran keesokannya. Sebagai contoh, Pelanggan perlulah membuat pesanan pembelian sebelum pukul 12PM pada hari yang dipesan untuk membolehkan mereka mendapat pesanan pada keesokan harinya. Jika pesanan barangan atas talian dilakukan selepas pkl 12PM, maka pesanan itu akan dihantar pada lusa.

Kaedah Pembayaran

Semua pembayaran adalah secara atas talian sahaja

Caj Penghantaran dan Jumlah Min Pembelian

Caj penghantaran kami bermula dari RM7 dan jumlah minimum bagi pembelian di Kedai Matdespatch adalah RM20.