Skip to main content

Adakah anda salah seorang penjual yang melakukan bisnes di atas talian? Kurang pasti tentang cara untuk menetapkan harga postage bagi pelanggan anda?

Jika harga yang ditetapkan adalah terlalu mahal, pasti ramai pelanggan yang akan fikir dua kali sebelum membuat pembayaran, bukan?

Namun, jika anda menetapkan harga yang rendah, takut tidak dapat menampung kos dan modal perniagaan anda pula. Jadi bagaimana?

Tidak perlu runsing, mari kami terangkan faktor-faktor penting yang perlu diambil kira bagi menetapkan harga penghantaran barang kepada pelanggan anda.

 

5 Faktor Menetapkan Harga Postage

 

harga postage

Terdapat beberapa faktor utama yang menentukan harga postage, antaranya adalah:

  •  Berat Barang

Berat barang yang akan dihantar mempengaruhi kos penghantaran.

Ini kerana, barang yang kecil dan ringan tidak memerlukan kenderaan yang berat untuk diangkat. Ia boleh sahaja dibawa dengan kenderaan ringan seperti motor atau kereta.

Bukan itu sahaja, produk yang besar dan berat juga memerlukan lebih perlindungan. 

Lebih tenaga kerja diperlukan untuk memastikan produk tersebut tidak pecah atau rosak sepanjang tempoh penghantaran dilakukan.

 

  •  Zon Penghantaran dan Jarak

zon penghantaran

Harga penghantaran juga ditentukan mengikut zon dan jarak penghantaran itu dilakukan.

Kebiasaannya, servis jenis ini akan menetapkan terlebih dahulu zon-zon penghantaran yang dibolehkan untuk melakukan proses penghantaran.

Semakin jauh jarak perjalan penghantaran tersebut, semakin mahal kos yang akan dikenakan. 

Namun, jika bungkusan tersebut hendak dihantar ke kawasan berdekatan, harganya mungkin adalah sedikit murah.

 

  •  Kaedah dan Masa Penghantaran

kaedah dan masa penghantaran

Seterusnya, kos juga ditentukan berdasarkan kaedah dan masa penghantaran tersebut dilakukan.

Sebagai contoh, dari segi kaedah, penghantaran darat kebiasaannya adalah jauh lebih murah berbanding penghantaran laut dan udara.

Jika anda menghantar penghantaran ke luar negara, anda juga perlu mempertimbangkan caj penghantaran laut.

Di samping itu, dari segi masa penghantaran pula, kebanyakan syarikat perkhidmatan courier mengenakan cas yang sedikit tinggi bagi penghantaran hari yang sama.

Penghantaran hari berikutnya atau pada hari lain pula selalunya adalah sedikit murah. 

Ini kerana faktor ketersediaan rider dan masa akan diambil kira. 

Pesanan yang dibuat dalam tempoh masa yang singkat biasanya perlu bersaing dengan permintaan yang tinggi dalam tempoh masa yang sedikit.

Justeru, ia memerlukan lebih banyak tenaga kerja.

 

  •  Servis Buruh Tambahan 

servis buruh tambahan

Untuk mengendalikan servis penghantaran atau pesanan secara atas talian, kos pengendalian dan buruh juga akan sentiasa diambil kira. 

Sebagai contoh, sekiranya anda menempah perkhidmatan pemindahan rumah beserta dengan pekerja tambahan untuk mengangkat barang-barang tersebut, akan ada kos tambahan yang dikenakan.

Harga tersebut adalah bukan sahaja untuk menampung kos penghantaran barang, malah ia juga adalah untuk menampung tenaga kerja buruh tersebut.

Kos yang dikenakan juga boleh ditetapkan mengikut tempoh masa servis tersebut berlangsung.

Terdapat sistem pembayaran yang ditentukan mengikut jam. 

Sebagai contoh, hitung berapa minit yang diperlukan untuk menyediakan dan menghantar satu pakej. Kemudian bahagikan nombor itu dengan 60. 

Darabkan nombor yang terhasil dengan upah setiap jam bagi perkhidmatan itu, dan anda akan mendapat perbelanjaan pengendalian kasar untuk satu pakej. 

Jika pengendalian pakej secara dalaman adalah terlalu mahal untuk perniagaan anda, servis pihak ketiga boleh membantu syarikat anda mencari pilihan penghantaran yang paling menjimatkan kos. 

Selain daripada kos pengendalian untuk perniagaan anda, servis ini juga boleh menawarkan diskaun dan tawaran yang mungkin tidak tersedia untuk anda sebagai sebuah bisnes tunggal.

 

  •  Kos Tambahan

Perancangan yang teliti adalah penting bagi menetapkan harga postage. 

Ini kerana pasti akan terdapat kos tambahan yang perlu ditampung bagi memastikan proses penghantaran berjalan dengan lancar dan selamat.

Kebiasaannya, terdapat surcaj untuk merentasi jarak yang jauh seperti penghantaran kawasan luar bandar atau kawasan di luar kawasan penghantaran.

Perkhidmatan tambahan yang diperlukan ini boleh termasuk dan tidak terhad kepada bayaran untuk pakej yang besar atau berat, seperti yang disebut di atas.

Bayaran untuk kerja lebih masa pada hari tertentu (melepasi waktu tertentu, atau kadangkala pada hujung minggu) juga perlu diambil kira.

Terdapat juga surcaj bahan api untuk jenis pengangkutan tertentu serta yuran penjejakan untuk menyemak status pakej secara digital.

Surcaj ini mungkin agak sukar untuk dikurangkan, tetapi ia sekurang-kurangnya dapat dianggarkan secara awal supaya belanjawan penghantaran anda adalah lengkap.

 

Check Harga Postage Dengan MatDespatch

 

logo matdespatch

Proses menentukan harga postage bagi peniaga kecil sudah tentu adalah sedikit rumit. Ini kerana banyak faktor yang perlu diambil kira.

Namun, untuk memudahkan urusan penetapan harga penghantaran dan proses penghantaran barang ke lokasi pelanggan, guna sahaja servis penghantaran MatDespatch.

MatDespatch juga menyediakan platform untuk anda menyemak harga postage dengan mudah dan cepat.

Caranya mudah sahaja:

  1. Mula-mula, daftar akaun MatDespatch anda dan pergi ke halaman Customer Portal.
  2. Masukkan alamat pick-up point anda iaitu lokasi yang anda ingin barang anda diambil oleh rider MatDespatch.
  3. Kemudian, masukkan pula alamat drop-off point anda iaitu lokasi yang anda ingin barang anda dihantar oleh rider MatDespatch.
  4. Pastikan kedua-dua lokasi yang anda pilih tersebut adalah betul.
  5. Seterusnya, pilih jenis barang yang akan dibawa oleh rider mengikut kesesuaian barang tersebut samada: parcel, dokumen, food package atau bulky.
  6. Isikan berat barang anda tersebut.
  7. Kemudian, pilih daripada beberapa pilihan pengangkutan yang tersedia seperti: Express Bike, Mover 4×4 Pickup, Express Car, Mover Van, Runner (Bike) for Hire (5 Hours), Runner (Car) for Hire (5 Hours)
  8. Anda seterusnya perlu menyemak harga bagi setiap jenis pengangkutan.

harga postage

  1. Selepas memilih jenis kenderaan yang paling bersesuaian dengan barang anda, klik butang “Book” untuk membuat pesanan.
  2. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya dimana anda perlu mengisi maklumat penghantar dan penerima.
  3. Kemudian, masukkan maklumat barang tersebut.
  4. Pilih tarikh dan masa yang anda ingin proses penghantaran dilaksanakan.
  5. Seterusnya, pilih jenis servis yang tertera.
  6. Buat pembayaran dengan beberapa pilihan pembayaran yang disediakan.
  7. Tunggu barang anda diambil dan dihantar oleh rider MatDespatch.

 

Dapatkan Servis Penghantaran Terbaik di Malaysia Segera!

 

harga postage

Kesimpulannya, tidak perlu runsing memikirkan kos penghantaran anda. Serahkan semuanya kepada MatDespatch!

Perkhidmatan penghantaran kami dijamin kos efektif, efisien dan dipercayai!

Para rider kami akan memastikan bungkusan anda sama ada makanan atau penghantaran yang lain selamat sampai ke destinasi yang anda inginkan.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama kami juga serendah RM5!

Berikutnya merupakan senarai perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Next Day Delivery (Penghantaran Hari Seterusnya)
  • On-Demand Delivery (Penghantaran Atas Permintaan)
  • Rider Or Driver For Hire (Penunggang Atau Pemandu Untuk Disewa)
  • Mover (Servis pindah)
  • Courier Agent (Ejen Kurier)
  • Mailbox Drop (Peti Mel Drop)
  • Fleet Services (Perkhidmatan Armada)
  • Vehicle Shipping (Penghantaran Kenderaan)
  • Customs Clearance (Pembersihan Kastam)
  • Food Delivery Platform (Platform Penghantaran Makanan)

Dapatkan perkhidmatan MatDespatch melalui aplikasi kami yang boleh dimuat turun dari Google Play Store!

Anda juga boleh menghubungi kami melalui laman web rasmi kami.

LAWATI LAMAN WEB MATDESPATCH UNTUK TAHU LEBIH LANJUT BERKAITAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN!