Skip to main content

Kini, servis penghantaran barang sudah menjadi salah satu perkhidmatan yang sangat penting di Malaysia disebabkan oleh kemudahan dan fleksibiliti yang ditawarkan.

Namun, sudah pasti terdapat beberapa isu berkenaan dengan penghantaran seperti kehilangan penghantaran, kelewatan, kos yang tinggi dan sebagainya.

Atasi masalah-masalah tersebut dengan MatDespatch!

Kenapa MatDespatch dan bukan servis penghantaran barang yang lain? Nak tahu? Jom teruskan membaca! 

 

Servis Penghantaran Barang Di MatDespatch

servis penghantaran barang

Jenis Servis Penghantaran Barang

Demi memudahkan urusan pengguna, MatDespatch menawarkan pelbagai jenis servis penghantaran barang seperti:

 

  • Same day delivery

Same day delivery atau penghantaran hari yang sama merupakan model penghantaran barang di mana pelanggan akan dapat barang dalam tempoh 24 jam dari masa tempahan dibuat.

Ada bungkusan yang anda ingin hantar ke rumah rakan anda? Jika hantar menggunakan perkhidmatan pos pasti akan makan masa berhari-hari bukan?

Oleh itu, guna sahaja servis MatDespatch kerana barang anda akan dapat dihantar dalam masa kurang satu hari!

Ia cepat, mudah dan efisien!

  • Next day delivery

Next day delivery atau penghantaran hari berikutnya merujuk kepada perkhidmatan yang membolehkan anda menghantar barang sehari selepas barang tersebut dikutip oleh kurier. 

Ini bermakna, anda boleh hantar barang dengan lebih cepat berbanding dengan perkhidmatan standard 2 atau 3 hari.

 

  • On-demand delivery

Dengan servis on-demand delivery yang ditawarkan oleh MatDespatch, anda bukan sahaja dapat pilih di mana produk anda dihantar, tapi juga bila ia dihantar.

Anda boleh merancang jadual dan memilih tarikh yang anda mahukan. Selain itu, status penghantaran anda juga boleh dijejaki dengan hanya di hujung jari.

 

Kenapa Perlu Gunakan Servis MatDespatch?

penghantaran barang

 

Nak tahu tak apa yang membuatkan servis MatDespatch lebih istimewa dan menonjol daripada servis penghantaran yang lain? Sudah tentulah kerana:

 

Customer Portal 

MatDespatch mempunyai sistem customer portal yang sangat memudahkan urusan jual beli pengguna.

Ia telah melancarkan proses menempah pesanan anda samada secara tunggal atau pukal.

Anda boleh menyemak harga sebelum membuat tempahan serta menjejaki semua pesanan yang anda lakukan. 

Bukan itu sahaja, semua pesanan ini juga boleh dilihat secara berasingan: belum selesai, gagal, draf atau selesai.

Sistem yang tersedia ini juga menawarkan tempat untuk anda menyemak jumlah pesanan anda berdasarkan mana-mana julat tarikh.

Terdapat juga halaman dimana anda dapat menyimpan semua butiran alamat penerima untuk tempahan pantas pada masa akan datang.

Dengan ciri-ciri ini, anda tidak perlulah memasukkan alamat yang anda hendak tempah setiap kali anda ingin membuat pesanan kerana ia sudah tersedia di dalam sistem.

Dari sini kita dapat lihat bahawa perkhidmatan penghantaran Matdespatch adalah mesra pengguna kerana ia diintegrasikan ke dalam kedai atas talian untuk mempercepatkan tempahan.

 

Cash On-Delivery

cash on delivery

Jika anda ingin membuat pesanan di aplikasi MatDespatch tapi tidak mahu menggunakan online banking atau kad, jangan risau, anda boleh bayar dengan wang tunai apabila rider tiba di destinasi anda.

Ini kerana MatDespatch menawarkan Cash On-Delivery (COD).

Cash On-Delivery (COD) merupakan sejenis transaksi di mana penerima hanya membayar barang pada masa penghantaran dilakukan dan ia tidak melibatkan pembayaran di atas talian. 

 

Real Time Tracking

real time tracking

Di samping itu, Real Time Tracking juga merupakan salah satu ciri-ciri yang ditawarkan oleh MatDespatch.

Ia merupakan alat yang membantu anda menjejak barang anda semasa proses penghantaran dilakukan.

Dengan MatDespatch, usah risau akan isu kehilangan barang kerana dengan ciri-ciri Real Time Tracking, anda dapat melihat lokasi penghantar anda.

 

Pickup Service

Ada barang yang anda ingin ambil dari lokasi yang berjauhan dari anda?

Berita baik! 

Kami juga menawarkan servis Pickup, dimana anda boleh membuat pesanan untuk barang yang berada di lokasi lain untuk dihantar ke tempat anda.

Contohnya, anda membuat pembelian di sesebuah kedai. Namun, kos penghantarannya adalah terlalu tinggi.

Jadi, gunakan sahaja MatDespatch! 

Ini akan menjimatkan kos pembelian anda dan penghantaran kedai atas talian kerana servis yang kami tawarkan adalah dengan harga yang sangat berpatutan.

Cuma pilih sahaja lokasi yang anda ingin ambil barang tersebut melalui app MatDespatch dan rider kami akan ke situ dengan segera.

 

Drop off service

Seterusnya, anda juga boleh menetapkan kawasan di mana anda ingin menerima atau menghantar barang anda mengikut keselesaan.

Rider kami akan memastikan barang yang anda ingin hantar berada dalam keadaan yang baik dan selamat sampai ke destinasinya.

Dengan ini, anda juga dapat mengelakkan kos-kos yang berlebihan.

 

Multiple Payment Option

payment option

Pembayaran di MatDespatch juga tidak terhad dengan hanya satu cara sahaja. 

Ini kerana, pengguna seperti anda juga boleh memilih pelbagai pilihan untuk membuat pembayaran.

Ini termasuklah, sistem kredit, online banking,  kad dan juga Cash-On Delivery. Pilih sahaja cara yang lebih memudahkan anda dan buat pesanan!

 

Dapatkan Servis Penghantaran Terbaik di Malaysia Segera!

servis penghantaran barang

Kesimpulannya, anda tahu siapa anda perlu cari untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran yang kos efektif, efisien dan dipercayai!

Para rider kami akan memastikan bungkusan anda sama ada makanan atau penghantaran yang lain selamat sampai ke destinasi yang anda inginkan.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama kami juga serendah RM5!

Berikutnya merupakan senarai perkhidmatan yang kami tawarkan:

 

  • Next Day Delivery (Penghantaran Hari Seterusnya)
  • On-Demand Delivery (Penghantaran Atas Permintaan)
  • Rider Or Driver For Hire (Penunggang Atau Pemandu Untuk Disewa)
  • Mover (Servis pindah)
  • Courier Agent (Ejen Kurier)
  • Mailbox Drop (Peti Mel Drop)
  • Fleet Services (Perkhidmatan Armada)
  • Vehicle Shipping (Penghantaran Kenderaan)
  • Customs Clearance (Pembersihan Kastam)
  • Food Delivery Platform (Platform Penghantaran Makanan)

 

Dapatkan perkhidmatan MatDespatch melalui aplikasi kami yang boleh dimuat turun dari Google Play Store!

Anda juga boleh menghubungi kami melalui laman web rasmi kami.

 

LAWATI LAMAN WEB MATDESPATCH UNTUK TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI PERKHIDMATAN PENGHANTARAN!