(Bahasa Melayu) Mantapkan Perjalanan Hari Raya Anda!

Sejak memulakan servis pada tahun 2015, Matdespatch.com mengambil banyak pengalaman dan pengajaran kepada staf dan riders kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Adakalanya, riders kami akan berada di atas jalanraya sepanjang hari. Dalam post ini, kami mahu berkongsi pengalaman yang boleh dipraktikkan sempena ketibaan Hari Raya!

Rehat Cukup; Otak Tak Serabut

Ramai orang melupakan aspek fisiologi dalam keselamatan jalan raya. Mental yang kuat perlukan badan yang sihat. Rehat yang cukup sangat penting untuk perjalanan yang optimum di jalan raya pada musim perayaan ini. Cuba dapatkan tidur yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan rehat bila perlu. Badan anda akan berkomunikasi dengan anda jika badan anda merasakan penting untuk anda ‘take 5’, dengarlah seruan alam.

Biar lambat, asal selamat!

Gula Manisnya Sementara

Tenaga untuk jangka masa panjang penting, bukan sahaja untuk perjalanan pulang tetapi juga untuk menikmati suasana hari raya. Makanan bergula akan memberi tenaga jangka-pendek – dan selepas itu kita akan merasa penat kerana fenomena “sugar low”. Untuk mengelakkan kepenatan – Cuba pastikan kadar pengambilan gula konsisten sepanjang perjalanan dan tidak terlalu banyak.

Tumpuan, Tuan-tuan dan Puan-puan

Awal tahun ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri Kedah mengatakan bahawa tumpuan kepada jalan raya jatuh 50 peratus ketika kita menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan ini meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. Mata kena sentiasa fokus di jalan raya, kalau gatal tangan nak tengok Facebook atau Twitter, minta penumpang lain bacakan status atau tweet tersebut!

Apps! Jangan Tidur!

Pelbagai apps sudah dibangunkan untuk membantu perjalanan yang lebih lancar dan selamat di Hari Raya ini. Antara yang menarik ialah app “Driver Alarm” yang boleh mengesan jika anda menutup mata. Hanya perlu meletakkan telefon anda di depan muka anda dan app ini akan membunyikan alarm. Eloklah kita menggunakan mount dan jangan memegang telefon ketika menggunakan app ini.

Kami di MatDespatch ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pelanggan kami serta semua yang menyambut perayaan yang mulia ini. Semoga Hari Raya ini membawa makna dan kebahagiaan kepada kita semua.