Skip to main content

Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai terkesan daripada segi kewangan. 

Kerana itu ada yang memilih untuk menjadi part time rider bagi mencari pendapatan sampingan. 

Golongan seperti mahasiswa yang tidak mempunyai sumber pendapatan juga turut mengalami cabaran meneruskan hidup. 

Sudahlah duit pinjaman atau elaun hanya cukup makan, jika ada perkara diluar jangka seperti motor rosak, terpaksa mencatu makanan dan mengikat perut.

Oleh itu, melakukan pekerjaan part time sebagai rider adalah alternatif terbaik untuk mereka yang mencari wang tambahan. 

Melalui jadual kerja yang fleksibel pelajar boleh bahagi masa bekerja sambilan sebagai rider dan hadir kuliah di siang hari.

Individu yang mempunyai pendapatan tetap juga boleh menjadi part time rider untuk menambah sumber pendapatan.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara mudah mendapat duit sampingan sebagai part time rider.

 

Pilihan Kerja Yang Ideal

Ada sebab mengapa ramai yang memilih untuk menjadi part time rider

Mereka lebih ‘bebas’ walaupun kelihatan jauh lebih rendah berbanding orang yang sudah berpangkat, bergaji tinggi, dan selesa.

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan rider sebagai part time job yang ideal:

 

  • Waktu Kerja yang Fleksibel

part time fleksibel

Part time rider semakin menjadi pilihan terutama bagi golongan muda kerana bebas untuk menentukan waktu bekerja selain kurang tekanan berbanding makan gaji.

Part time rider sesuai sebagai side-job kerana boleh memilih waktu bekerja yang bersesuaian dengan masa sendiri.

Bagi pelajar atau pekerja yang ingin mencari duit tambahan, mereka boleh mengaktifkan apps rider untuk memulakan kerja dan mendapatkan order. 

Namun, sekiranya mereka tidak mempunyai masa, mereka tidak perlu aktifkan apps tersebut. 

Dengan cara ini, para rider boleh mendapatkan duit tambahan tanpa perlu runsing memikirkan masa kerja, belajar dan rehat mereka.

 

  • Kurang Tekanan

Menjadi part time rider tidaklah seperti kerja makan gaji yang perlu kerja lebih masa dek kerana kerja bertimbun dan mempunyai dateline masing-masing. 

Namun begitu, bukanlah pekerjaan sebagai rider tidak mempunyai dateline, cuma perlu menghantarkan makanan atau barangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 

Part time rider juga tidak perlu berfikir tentang kerja atau membawa pulang kerja untuk disiapkan dirumah. 

Ianya kerja yang memberi sedikit kebebasan walaupun badan penat. Namun, tiada kerja yang tidak memenatkan.

 

  • Lebih Jimat

jimat minyak

Penggunaan motosikal adalah lebih jimat berbanding menaiki kereta.

Bukan sahaja minyak untuk kegunaan pergi dan balik kerja, tapi kos kerosakkan motor jauh lebih murah berbanding kereta. 

Selain itu, perbelanjaan makan seorang rider turut akan berkurangan sekiranya menjadi rider bagi sesebuah restoran.

Ini kerana kebiasaannya makan dan minum pekerja akan ditanggung oleh restoran tersebut.

 

  • Taraf Gaji Graduan Lepasan Diploma 

Purata gaji graduan lepasan diploma adalah dari RM1,500 hingga RM 1,800 sebulan. 

Hal ini menjadikan pekerjaan sebagai part time rider menarik minat orang ramai terutama student. 

Bukan sahaja waktu kerja fleksibel dan kurang stres, malah mendapat duit tambahan lebih banyak dan jumlahnya akan meningkat mengikut taraf sesebuah syarikat.

 

Tips Keselamatan Menjadi Seorang Rider

keselamatan rider delivery

Seorang rider semestinya banyak menghabiskan masa diatas jalan raya. 

Oleh itu, tinggilah risiko kemalangan bagi rider-rider dalam mencari pendapatan. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan sebagai usaha untuk mengurangkan risiko bahaya. 

 

  • Pilih Pakaian yang Sesuai 

pakaian rider delivery

Seorang rider yang banyak menghabiskan masa diatas jalan raya dalam panas atau hujan, hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian. 

Sebagai contoh, pada musim tengkujuh para rider boleh mengambil langkah berjaga – jaga dengan menyediakan baju hujan yang berwarna terang.

 

  • Penggunaan Helmet yang Berwarna Cerah

helmet rider delivery

Menggunakan helmet yang berwarna cerah membantu penunggang motosikal lain atau pemandu kereta melihat anda dan dapat mengekalkan jarak selamat.

Mereka juga boleh memberi lebih perhatian sekiranya memandu dalam keadaan hujan lebat.

Ada juga helmet yang direka khas untuk dipakai pada waktu malam. Ia didatangi dengan pelekat yang memantulkan cahaya (reflector).

 

  • Penggunaan Sarung Tangan & Kasut 

Penggunaan sarung tangan dan kasut adalah amat penting bagi seseorang yang menunggang motosikal, terutamanya bagi seorang rider.

Pemakaian sarung tangan dapat mengelakkan risiko daripada tangan anda tergelincir semasa dalam cuaca buruk.

Hal ini amat berbahaya sekiranya tidak dikawal dengan baik. Ia juga dapat mengelakkan tangan anda daripada terbakar (sunburn).

Kasut juga amat penting kerana boleh terjadi kecederaan daripada terkena serpihan batu atau pasir dijalan raya.

 

  • Sentiasa Pasang Lampu

Sebagai langkah keselamatan, anda hendaklah sentiasa menyalakan lampu, lebih lebih lagi jika dalam keadaan hujan.

Seperti penggunaan baju cerah, menyalakan lampu pemandu dan penunggang motor yang lain dapat melihat keberadaan anda dan menjaga jarak selamat.

Namun begitu, ini bukanlah sebab anda boleh menyalakan high beam atau signal sepanjang masa. Hal ini kerana dapat mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.

 

  • Elak Lopak Air  

lopak air

Terdapat halangan di jalan raya yang tidak disangka, namun sekiranya anda nampak atau dah terbiasa dengan laluan tersebut elakkan melalui jalan itu. 

Contoh lopak air akan menyebabkan tayar menjadi kurang cengkam serta tinggi risiko untuk anda jatuh dari motosikal. 

 

Aplikasi Rider yang Anda Boleh Cuba 

  • MatDespatch 

part time rider

Aplikasi Matdespatch menawarkan servis penghantaran pada hari yang sama. 

Caj penghantaran yang sama bagi seluruh kawasan Lembah Klang sebanyak RM10 pada setiap 3kg.

Bukan sahaja dokumen atau barangan, dengan aplikasi Matdespatch anda boleh menghantar kenderaan ke Sabah dan Sarawak. 

Caj yang dikenakan adalah serendah RM750. Anda hanya perlu menyediakan segala dokumen yang diperlukan dan hubungi mereka di laman web rasmi – https://matdespatch.com/my/ .

 

  • Lalamove

Nama Lalamove sudah tidak asing lagi dalam industri Malaysia. Ia menawarkan servis penghantaran dokumen, makanan, barangan kecil dan besar seperti mesin basuh juga boleh. 

Namun, buat masa kini ia hanya beroperasi dalam kawasan Lembah Klang sahaja. 

Yang menarik mengenai Lalamove ialah mereka menjanjikan penghantaran dalam masa 1 jam bagi kawasan yang berdekatan.

 

  • Mr Speedy 

Dengan servis yang ditawarkan oleh Mr Speedy anda boleh mengirimkan barang dalam tempoh satu hari sahaja. 

Berbeza seperti 2 aplikasi yang telah dijelaskan diatas, Mr Speedy hanya beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya sahaja. 

Menarik mengenai Mr Speedy, anda boleh membuat tempahan perkhidmatan rider tanpa perlu mendaftarkan akaun. 

Anda hanya perlu sertakan nombor telefon pengirim dan penerima sahaja. 

Namun begitu, sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan Mr Speedy lebih dari sekali, anda hendaklah mencipta akaun anda. 

Setiap golongan masyarakat berusaha keras untuk mendapatkan pendapatan yang lebih bagi meneruskan kehidupan. 

Ada juga yang memerlukan perkhidmatan penghantaran bagi melancarkan urusan. 

Kini, semuanya mudah untuk didapati di hujung jari.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi Matdespatch atau berminat menjadi part time rider, klik disini.

 

MUAT TURUN APLIKASI RIDER UNTUK MATDESPATCH SEKARANG!