Skip to main content

Demand yang semakin naik di kalangan pengguna menggunakan servis Matdespatch telah nampak begitu ketara dan kami hargai jasa anda semua yang menggunakan servis kami.

kami juga mendapat soalan daripada ramai macam mana nak menggunakan customer portal kami untuk menggunakan servis yang kami tawarkan. di sini adalah guide yang kami sediakan untuk anda

  1. Login di matdespatch.com

Login akaun matdespatch anda di bahagian atas kanan di section pemilihan di web matdespatch.com, jikalau anda belum mendaftar lagi, anda boleh sign up dahulu untuk membuat akaun dengan Matdespatch dan menunggu sahaja hantaran email untuk pengesahan yang mengambil masa 5-10 minit

Untuk Login, masukkan sahaja detail username dan password yang anda telah register sebelum ini

2. Gunakan Fungsi Instant Quotes

contoh fungsi instant quotes setelah masukkan semua detail

Setelah laman Customer Portal Matdespatch, akan terpapar di bahagian dashboard anda fungsi instant quote yang membolehkan anda untuk membuat perbandingan harga mengikut servis yang kami tawarkan

Jika setelah isi ketiga-tiga maklumat tetapi tiada result seperti di atas, ianya menunjukkan alamat anda tiada dalam coverage kawasan servis Matdespatch. sebaiknya membuat pengesahan dahulu sebelum berniat untuk menggunakan servis kami melalui pegawai perkhidmatan kami.

Masukkan ketiga-tiga maklumat di atas mengikut susunan ini

  1. Alamat Penghantar
  2. Alamat Penerima
  3. Berat barangan/parcel yang ingin di hantar

setelah itu akan keluar keputusan seperti di bawah ini

Setelah itu pergi tekan sahaja butang BOOK tersebut untuk membuat tempahan melalui servis yang anda pilih

3. ISI MAKLUMAT DI BAHAGIAN FORM ORDER

Setelah menekan butang BOOk melalui servis yang anda pilih, anda akan di bawa ke laman Order Form untuk mengisi maklumat yang diperlukan. di sini ada step yang perlu dilakukan mengikut turutan supaya anda tidak mengalami sebarang masalah ketika di dalam proses buat order terutama yang pertama

Pertama sekali, isikan dahulu detail di bahagian Sender detail iaitu anda yang hendak membuat penghantaran, isikan semua tempat kosong berkenaan supaya tiada yang tertinggal bagi memudahkan Team Matdespatch mengenal pasti maklumat untuk diberikan kepada pasukan yang bertugas

Setelah mengisi laman tersebut, seterusnya anda mengisi pula maklumat untuk receiver detail untuk penerima barang yang anda ingin hantar

Setelah itu, anda perlu isi maklumat tentang item detail anda, barang yang nak dihantar, anda boleh pilih jenis barang hendak dihantar, berat dan berapa harga barang tersebut, ini memudahkan untuk peniaga memberitahu pelanggan untuk ketahui maklumat barang yang akan dapat secara penuh dan lebih bersedia untuk menerima penghantaran daripada kami

Setelah mengisi maklumat barangan anda, kini adalah tarikh dan waktu anda bersedia untuk barangan anda di pickup oleh rider kami

Setelah itu, akhir sekali memilih package yang anda ingin BOOK tadi dengan membuat oengesahan terakhir di bahagian laman kanan anda

Setelah anda memilih servis yang anda inginkan akan keluar seperti rajah di bawah, pilih payment method yang mudahkan anda dan juga di situ tertera jumlah pembayaran bagi servis yang anda pilih

Gambar contoh memilih Same Day Delivery daripada Matdespatch dan tertera bahagian penuh

Selepas itu, barulah confirmkan payment anda di button hijau yang tertera di bawah web anda, anda juga boleh memilih Save & add another ataupun Save Draft untuk pemilihan jika anda belum lagi ingin membuat pesanan servis

4. Membuat Pembayaran

Anda akan di bawa ke halaman pemilihan pembayaran setelah anda membuat pengesahan seperti step terakhir di order form tadi. anda boleh memilih pembayaran mengikut keselesaan anda

Jika anda ingin gunakan pembayaran melalui perbankan atas talian, pilih FPX dan akan keluar seperti di bawah ini untuk memilih bank pemilihan anda untuk membuat pembayaran

manakala jika ingin gunakan kad bank yang anda, anda boleh memilih VISA/MASTERCARD untuk pembayaran dan yang lain anda melalui ewallet yang tersedia jika anda ingin memilih pilihan tersebut

SELESAI