Pernah tak anda terfikir bagaimana cara nak hantar barang ke luar negara? Mungkin anda pernah terdengar perihal customs clearance, tapi tak tahu pun apa itu.
Tak sama ya, nak hantar barang ke luar negara dengan proses hantar barang merentasi negeri.
Ada yang kata nak hantar barang ke luar negara ini leceh dan susah sebab ada banyak proses.
Jangan risau, jom kami kongsikan apa yang anda perlu tahu pasal customs clearance dan servis terbaik untuk anda hantar barang ke luar negara.
Apa Itu Customs Clearance?
Maksud customs clearance ialah barang anda perlu melalui pihak berkuasa seperti kastam untuk memudahkan pergerakan kargo untuk masuk negara (import) atau keluar negara (eksport).
Customs clearance juga bermaksud dokumen yang dikeluarkan oleh pihak kastam kepada pengirim sebagai bukti bahawa semua duti telah dibayar.
Bukan itu sahaja, customs clearance juga menunjukkan bahawa barangan yang anda ingin kirim telah mendapat kebenaran untuk dihantar.
Di Malaysia, customs clearance disediakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia berikutan permohonan dari pedagang, agen atau orang perseorangan.
Ianya satu ketetapan yang dikeluarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah Kastam dan dapat dijadikan panduan berkaitan tanggungan duti yang terlibat.
Duti yang terlibat adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti perniagaan seperti urusan import/eksport, pengeluaran atau pengilangan barang dan perkhidmatan bercukai.
Customs clearance dikeluarkan untuk:
- Pengelasan barang
- Prinsip yang perlu diguna pakai bagi penentuan nilai barangan
- Penentuan orang kena cukai berkaitan pengeluaran atau pengilangan barang
- Penentuan perkhidmatan cukai.
Jika anda ingin menghantar barangan ke luar negara, anda mesti mendapatkan custom clearance.
Borang pengesahan yang perlu di bawa semasa proses customs clearance di Malaysia:
- Customs Form No 1 (K1) – Pengesahan barangan import
- Customs Form No 2 (K2) – Pengesahan barangan untuk di eksport
- Costums Form No 3 (K3) – Permohonan/permit penghantaran barang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah & Sarawak dan sebaliknya.
- Customs Form No 8 (K8) – Bonded Movement of Dutiable and Non Dutiable Shipments in Malaysia
Kenapa Customs Clearance Penting?
Tujuan utama Jabatan Kastam adalah memberi perlindungan tapi perlindungan daripada apa dan siapa. Berikut adalah tugas Jabatan Kastam, secara general:
- Melindungi hasil negara dan meningkatkan ekonomi negara dengan memastikan duti dan cukai terlibat dikutip.
- Melindungi pengguna dari segi memastikan piawaian produk dipatuhi.
Sebagai contoh, produk makanan perlu disahkan selamat untuk dimakan dan produk elektrik tidak ada kerosakan.
- Melindungi sempadan negara daripada penyeludup dan pengganas yang menggunakan rantaian bekalan global untuk membahayakan orang lain di darat dan laut.
Jika tiada agensi yang menapis barangan keluar masuk, pastinya banyak barangan berbahaya seperti senjata yang boleh dihantar/diterima dengan mudah.
- Sebagai unit analisis dan dasar cukai
Pihak kastam dan mengkai dan menganalisis isu-isu perkastaman dan keberkesanan dasar-dasar cukai dan peraturan yang sedia ada.
Dapatkan Servis Customs Clearance Dengan Mat Despatch
Kalau anda tak nak pening-pening, dapatkan saja servis customs clearance dengan Mat Despatch.
Banyak kelebihan menggunakan servis customs broker ni terutamanya jika anda tidak mahir berurusan bab kastam dan duti ni.
Perkara ini penting untuk pedagang kerana menggunakan servis customs clearance mampu mengelakkan daripada kelewatan rantaian bekalan dan kerugian jualan.
Bukan itu sahaja, anda boleh didenda jika melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam berkaitan import/eksport dan duti/cukai.
Dengan menggunakan servis customs clearance Matdespatch, anda tak perlu risau kerana kesemuanya diuruskan oleh pakar.
- Mat Despatch menjadi orang tengah antara agensi-agensi kerajaan mengenai import dan eksport.
- Membantu anda dalam pemindahan, penghantaran, pengendalian ekspres, pengendalian masuk dan keluar.
- Melakukan entri customs untuk import boleh memakan masa dan memerlukan perhatian yang teliti.
- Mempunyai sistem pengisytiharan kastam in-house yang memudahkan dan mempercepatkan proses.
- Anda juga tak perlu pening-pening tentang berapa kiraan yang perlu dibayar untuk duti/cukai.
Dengan menggunakan servis customs clearance, anda tak perlu risau lagi jika penghantaran anda tak mematuhi semua syarat dan keperluan.
Sebab apa? Sebab kami di Matdespatch akan pastikan perkara-perkara tersebut diuruskan dengan baik.
Matdespatch juga boleh bantu anda daripada melakukan kesilapan-kesilapan lazim yang biasa dilakukan dalam proses customs clearance.
Antara kesilapan lazim adalah:
- Tidak memberikan invois komersial yang mematuhi undang-undang atau tiada dokumentasi yang diperlukan.
- Negara asal tiada atau tidak dinyatakan dengan jelas.
- Tafsiran perjanjian perdagangan bebas yang salah.
- Kod HS yang salah
Bagi mengelakkan daripada kesulitan sama ada daripada kesilapan pihak anda ataupun tidak, adalah lebih bagus untuk menggunakan servis Matdespatch.
Anda tak perlu risau lagi, semuanya akan dipermudahkan.