Skip to main content

Zaman sekarang, tak kiralah perniagaan atas talian atau tidak, salah satu perkhidmatan yang paling penting adalah perkhidmatan penghantaran barang. 

Bukan perniagaan sahaja, rakyat biasa pun pasti akan perlu menggunakan perkhidmatan ini sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan mereka. 

Dengan keperluan perkhidmatan penghantaran barang ini, peluang pekerjaan sebagai runner atau penghantar pun semakin meningkat. 

Senang kata, perkhidmatan ini semakin mendapat populariti dalam kalangan masyarakat. 

Tapi, mesti ramai yang masih mencari penghantar barangan yang terbaik.

Apa lagi kalau bukan Matdespatch? Tak pernah dengar? Biar betul?

Jangan risau, kami akan berkongsi dengan anda tentang MatDespatch dan servis-servis yang anda boleh manfaatkannya.

 

Siapa Matdespatch Ni?

Jangan salah anggap ya, Matdespatch ni bukan siapa tapi apa. 

Diasaskan ada 2016 dengan platform teknologi awan dan pendekatan digital sahaja, Matdespatch merupakan perkhidmatan penghantaran barang terkemuka di Malaysia.

Sejak penubuhan, kami telah melabur dalam pembangunan teknologi untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami. 

Perkhidmatan Matdespatch telah berkembang dalam industri rantaian bekalan yang merangkumi ekspres kurier, pengangkutan, pergudangan dan penghantaran rentas sempadan. 

Visi kami adalah bagi membolehkan orang ramai, perniagaan dan komuniti mencapai kecekapan yang lebih tinggi melalui infrastruktur bertaraf dunia, operasi logistik yang cekap dan keupayaan teknologi termaju.

Kalau anda rasa, “eh, boleh percaya ke Matdespatch ni?”, jom tengok beberapa jenama yang dah menggunakan perkhidmatan kami:

matdespatch

Bukan itu sahaja, lebih 1.4 juta penghantaran yang telah kami lakukan dengan jayanya dan lebih 3,000 runner yang bekerja keras untuk menghantar barang anda dengan selamat. 

Lebih 5 ribu pelanggan yang telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

 

Perkhidmatan Yang Matdespatch Tawarkan

perkhidmatan penghantaran

Mungkin ada yang tertanya, barang apa yang kami boleh hantar? Ada ke servis lain yang kami tawarkan? 

Antara perkhidmatan kami:

 

  1. Penghantaran hari yang sama atau hari esok

Perlu hantar barang dengan cepat, kalau boleh pada hari yang sama? Matdespatch boleh lakukannya. 

Kami menawarkan pengambilan dan penghantaran pada hari yang sama dan apa yang bestnya adalah penghantaran bermula dengan harga RM5 sahaja!

Penghantaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan ke mana-mana lokasi pun. 

Dengan ini, anda boleh menikmati faedah penghantaran yang fleksibel, praktikal dan tepat. 

Untuk memenuhi keperluan penghantaran anda, runner boleh hantar barang anda menggunakan motor, kereta atau apa cara sekalipun dalam masa 5 jam sahaja. 

Kami juga menawarkan solusi penghantaran yang sesuai dengan barangan anda serta menyediakan sistem jejak masa di mana anda akan mendapat notifikasi tentang penghantaran anda.

Baca Juga: Why Same Day Delivery is a Must For Your Business

  1. Penggerak (Mover)

Penghantaran jenis penggerak atau mover ini adalah bagi mereka yang ingin memindahkan barang isi rumah dan perabot. 

Terdapat pelbagai pilihan kenderaan sama ada 4×4, van dan lori untuk tukang (handyman) untuk membantu anda berpindah.

Matdespatch menawarkan perkhidmatan penggerak kediaman atau komersial ke bandar atau negeri lain.

Jadi, kalau perniagaan anda ingin pindah pejabat atau pindah rumah, anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini. 

Anda tak perlu risau kerana kami memastikan pengendalian dan perlindungan yang selamat pada penghantaran. Untuk menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh rujuk di sini.

 

  1. Penghantaran makanan

penghantaran makanan

Kalau anda lapar atau teringin nak makan sesuatu tapi malas nak keluar, jangan risau! 

Buat saja pesanan dengan MAKAN oleh Matdespatch. 

Dengan MAKAN, tiada bayaran pendahuluan, caj platform yang murah, tiada caj tersembunyi dan platform yang sangat mesra pengguna. 

Seperti penghantaran Matdespatch yang lain, anda boleh menjejak penghantaran makanan anda pada masa nyata dan secara langsung.

 

  1. Penghantaran kenderaan

Matdespatch bukan saja hantar barang kecil-kecil tetapi barangan besar dan berat seperti kenderaan juga.

Penghantaran kenderaan ini bukan sahaja di kawasan Semenanjung Malaysia tetapi anda juga boleh menghantar kereta atau motor anda ke Sabah dan Sarawak. 

Yang paling menarik sekali, anda boleh melakukan penghantaran ini dengan harga serendah RM750!

Anda boleh hantar kereta, motor atau kenderaan lain dengan 3 langkah mudah ini!

  • Sediakan dokumen: salinan MyKad, geran kenderaan, surat pelepasan bank, insuran polisi.
  • Hubungi kami dan kami akan bantu anda dengan penghantaran kenderaan anda. 
  • Buat bayaran dan tunggu kenderaan anda. 

Kawasan yang servis penghantaran kami liputi adalah:

penghantaran kenderaan

Untuk maklumat lanjut mengenai penghantaran kereta anda boleh baca di sini.

Baca Juga:

  1. Penghantaran atas permintaan

Perlu hantar barang secepat mungkin, lagi cepat daripada penghantaran hari yang sama? 

Anda boleh dapatkan perkhidmatan penghantaran atas permintaan yang mengambil masa kurang daripada setengah hari untuk sampai ke destinasi. 

Pengambilan dan penghantaran barangan anda mampu kami lakukan dalam masa 1-4 jam sahaja. 

Seperti penghantaran yang lain, anda juga boleh menjejaki perjalanan penghantaran anda.

 

  1. Perkhidmatan Runner untuk disewa

Matdespatch menawarkan perkhidmatan runner untuk disewa sama ada menggunakan motosikal, kereta atau jika anda hanya ingin menyewa penunggang atau pemandu selama 5 jam.

Jadi, kalau ada hari yang anda atau ahli keluarga anda yang tidak mampu untuk memandu, anda boleh sewa pemandu dengan kami!

Runner akan menjalankan tugasan yang diberikan mengikut garis masa yang ditetapkan.

Anda juga tidak perlu risau kerana anda boleh menjejak perjalanan pemandu atau penunggang kami.

 

  1. Pelepasan Kastam

Jika anda ingin menghantar barangan ke tempat yang perlu melepasi kastam, kami menawarkan perkhidmatan yang membantu pelepasan kastam yang mudah.

Perkhidmatan kami mampu membantu barang anda untuk melepasi kastam tanpa kerumitan di semua lapangan terbang utama Malaysia. 

Ini termasuklah perkara seperti dokumentasi dan bantuan dengan kastam, pengendalian ekspres, dan pemindahan penghantaran serta penyelarasan dengan organisasi kerajaan lain untuk memudahkan import dan eksport.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan kami juga membolehkan anda mendapat kelebihan mekanisme dalaman untuk deklarasi kastam untuk mempercepatkan prosedur.

Dapatkan penghantaran barang yang laju dengan perkhidmatan kurier Matdespatch hari ini!

 

LAYARI LAMAN WEB MATDESPATCH UNTUK INFO LEBIH LANJUT