Skip to main content

Dengan kemajuan teknologi yang semakin meningkat, semakin banyak servis penghantaran makanan yang telah muncul.

Namakan saja syarikat penghantaran makanan di Malaysia, mesti dikenali semua orang.

Tidak lupa juga, lokasi penghantaran juga semakin meluas yang dapat di cover seperti kawasan kampung.

Ini kerana ramai orang lebih suka untuk pesan makanan secara online dan menunggu di rumah kerana dapat jimat masa dan juga tenaga.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda kelebihan servis penghantaran makanan serta beberapa pilihan yang ada di Malaysia.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

 

Kelebihan Penghantaran Makanan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara kelebihan yang paling besar bagi servis penghantaran makanan adalah anda dapat jimatkan masa dan tenaga.

Tetapi, apa lagi faedah yang dibawa olehnya? Kami akan menerangkan dengan lebih lanjut di bahagian ini.

 

  1. Sistem Pesanan Yang Bagus

Satu kelebihan jika anda memesan makanan secara online adalah pesanan anda akan terus masuk dalam sistem restoran tersebut.

Dengan itu, mereka dapat lihat dan membaca apa yang anda telah order.

Jika anda order secara fizikal di kedai, ia boleh wujud salah faham antara pelanggan dan pelayan jika tidak didengari dengan elok.

Dengan itu, anda mungkin akan dapat makanan yang anda tidak pesan dan boleh menyebabkan anda tidak puas hati. Tetapi jika ia dibuat secara online, risiko itu sangat rendah.

 

  1. Terdapat Banyak Offer

penghantaran makanan

Selain dari jimat masa dan tenaga, anda juga berpeluang untuk jimatkan duit! Ini kerana banyak syarikat yang akan mengeluarkan diskaun atau promosi untuk pelanggannya.

Antara promo adalah kos penghantaran secara percuma atau diskaun sehingga 50%.

Anda hanya akan dapat offer seperti ini secara online kerana ia adalah taktik kedai dan juga servis penghantaran makanan untuk raih pelanggan yang baru.

 

  1. Boleh Memesan Di Kedai Femes

Salah satu perkara yang sering berlaku apabila sesuatu tempat viral adalah ia akan selalu dipenuhi dengan orang. Ini menyebabkan tempat itu sesak dan susah untuk dimasuki.

Dengan itu, anda mungkin tidak akan dapat merasai makanan tersebut. Jadi, satu solusi untuk perkara ini adalah menggunakan servis penghantaran makanan.

Anda boleh saja membuat pesanan secara online dan menunggu makanan anda di rumah dan tidak perlu tunggu dengan lama.

Ini kerana restoran biasanya akan mengutamakan pesanan online dahulu. Dengan ini, anda boleh bertenang dan menikmati makanan di rumah.

 

  1. Membuka Peluang Pekerjaan

food delivery

Ini merupakan satu kelebihan yang sangat bagus yang dibawa oleh servis penghantaran makanan iaitu membuka peluang pekerjaan yang banyak.

Servis seperti ini memerlukan rider yang ramai supaya dapat memenuhi order pelanggan. Jika rider sikit, ia merencatkan permintaan order delivery bagi pelanggan dan pihak restoran.

Servis penghantaran makanan mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk ramai orang dan membuka ruang rezeki mereka untuk menambah wang tambahan dan pengalaman.

 

  1. Boleh Order Dari Merata Tempat

Jika anda mempunyai keluarga yang ramai, satu perkara yang susah adalah memilih kedai makanan yang sesuai untuk citarasa semua orang.

Namun dengan wujudnya servis penghantaran makanan, anda boleh order makanan dari banyak kedai pada masa yang sama.

Ini dapat memastikan semua dapat menikmati makanan yang mereka suka dan meluangkan masa bersama-sama.

 

Servis Penghantaran Makanan Di Malaysia

Di bahagian ini, kami akan mencadangkan kepada anda beberapa pilihan servis penghantaran makanan yang sangat bagus di Malaysia.

  1. Matdespatch

makan by matdespatch

Salah satu pilihan servis penghantaran makanan di Malaysia adalah Matdespatch. Ini dilakukan dengan menggunakan platform Makan!

Ia adalah satu platform baru yang penuh dengan restoran dan makanan untuk memuaskan selera anda.

Terdapat banyak kelebihan yang anda dapat menikmati sebagai pelanggan jika menggunakan servis Matdespatch seperti:

  • Tiada kos tersembunyi
  • Proses pembayaran yang cekap dan mudah
  • Penghantaran yang cepat
  • Platform mesra pengguna
  • Sistem notification yang bagus

 

  1. Grab Food

Cadangan kedua adalah servis yang sangat terkenal di Malaysia iaitu Grab Food. Ia digunakan oleh ramai orang dan mempunyai rekod pelanggan  yang sangat bagus.

Anda boleh dapat banyak promo dan diskaun jika daftar dengan mereka. Ini membolehkan anda untuk jimat duit dengan banyak jika order bersama mereka.

 

  1. Food Panda

Untuk pengetahuan anda, Food Panda merupakan antara servis penghantaran makanan yang pertama di Malaysia dan mempunyai katalog lebih 700 restoran di seluruh negara.

Platform mereka senang digunakan dan sesuai untuk semua orang kerana mempunyai pelbagai jenis makanan.

 

Kesimpulannya, servis penghantaran makanan adalah satu perkhidmatan yang membawa faedah kepada pelanggan.

Jika anda masih mencari-cari servis penghantaran makanan, kami mencadangkan anda memilih Matdespatch.

Selain dari makanan, kami juga menawarkan banyak servis lain seperti:

  • Penghantaran Kereta
  • Penghantaran barang
  • Driver/rider private secara upah
  • Servis pemindahan barang
  • Ejen kurier
  • Penghantaran surat

Servis penghantaran barang yang dipercayai semua!

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau berminat dengan servis kami, anda boleh ke laman web kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

Hubungi kami di sini!